Thursday, April 30, 2009

pedusi sahmura



Saya lelaki. Pesan ibu, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Insan bernama lelaki, bukan lelaki jika dia tumpahkan permata jernih dari birai matanya. Pesan ibu..saya ingat. Pesan ibu kukuh terbuku terpaku di ruyung minda saya. 40 tahun brtapa di kepala, pesan ibu hari ini saya ingkar. Pesan ibu hari ini saya lupe. Pesan dari seorang insan bergelar wanita tidak saya gubriskan, juga kerana seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita.


Sudah lama saya tidak ketemu dia. Kali terakhir kami berutusan berita 20 tahun lalu. kala warkah biru masih lagi menjadi pilihan. Dia rafik terakrab saya. Sahabat yang saya kira terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan saya katakan, di antara bebintang yang bergentanyangan di langit hitam pekat, dialah satu - satunya bulan yang bersinar. Saya sibuk menyiapkan disertasi saya tika monitor komputer saya disinggahi ikon kecil berupa surat. Tetikus pantas saya gerakkan ke ikon yang jarang - jarang saya terima itu. Sekali tekan, surat elektronik yang hadir dari pengutus yang tidak saya ketahui asal - usulnya terpampang menjamu diagonar mata.


Malaysia,
3 Okt 2022,
Haziq,

Salam buat rafikku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup yang sentiasa menggigit. Maaf, aku muncul tiba - tiba setelah lama menyepi diri.

Aku sebenarnya ketandusan kata - kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku katakan agar engkau mengerti duka - duka hatiku.

Sekuat gegar rusuh anak bumi Jakarta mengamuk kerana Suharto dibebaskan kerana tuduhannya, sekuat itu jugalah gegar - gegar hatiku di bumi leluhur ini.

Maruah wanita sentiasa berkapuh di hati lelaki, kata orang. Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata - kata metah, sumpah aku terlerai akhirnya.

Aku persis bulan yang merayu pungguk. Aku juga jadi seperti Megat Panji Alam yang merindui Tejanya. Derita Megat dan seksa aku sama.

Duka kami serupa. Cuma, pencarian aku ini tidak akn ada hentinya kerana aku tahu,aku hanya mengejar bayang - bayang semalam. Aku terlalu merindui dia Haziq !!


Mukadimah warkah yang tidak saya undang itu menjemput tanda tanya bertamu di sanggar hati. Kenapa dia jadi begitu ? Mengapa dia jadi perindu setia ? Hati saya turut merusuh bersama - sama bait - bait perutusan yang saya jelajahhi saterusnya.


nak tahu sambungannya ??? tungguuuuu...=)

Wednesday, April 29, 2009


Mengapa Muslim Biarkan Hati Mati


Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan adalah nikmat paling agung yang diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu. Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:
"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:
"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:
"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah. Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak. Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Allah berfirman bermaksud:
"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir). Firman Allah bermaksud:
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud:
"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)
Tanda-tanda hati mati Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT. Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya; Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu :

Hubbul dunia (kasihkan dunia)
Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu :
Zuhud dengan dunia
Zikrullah
Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

kawan2..=)




Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada di dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa…
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus…
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah.
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta.
Kerana nanti mereka akan semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan.
Kerana nanti mereka akan semakin menderita.
Kenalkan mereka dengan Allah, zat yang kekal.
Disitulah punca kekuatan dunia!
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasi ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan, ia bukan diskriminasi Tuhan, sebaliknya disitulah terletaknya kasih dan sayang Tuhan.
Wanita lupa yang hakikat kejadian.
Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan.
Tanpa iman, ilmu dan akhlak. Mereka tidak akan lurus.Bahkan mereka akan semakin membengkok.
Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal akan Tuhannya.
Bila wanita menderhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara.
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata.
Tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. Jinakkanlah diri kepada Allah nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.
“Janganlah impikan isteri semulia Fatimah Az-Zahra, Andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahu Wajhah…(",)”
SESIBUK MANA PUN ANDA...
www.iLuvislam.com

Sesibuk mana pun anda, jika anda bagi masa untuk bersama dengan Allah..meletakkan harapan pada-Nya walaupun tersangat tahu yang diri tu tak berhak berharap dek usaha yang tak seberapa..Allah tetap akan menolong.. Allah tetap akan hadir.. Tapi, anda akan diuji dgn perasaan cuak dan sakit perut yang berpanjangan..sentiasa dalam keadaan berdebar2..

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat... Tapi, byk pula dugaan yang datang.. Kadang-kadang kita minta cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang... kadang-kadang kta minta kebahagiaan, tetapi, huru hara pula menjelang... Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah... SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu.... semuanya ada hikmah.. Kalau lah manusia tahu hadis ini..
" Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka Allah
berfirman : " Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya"..... - Anas ibn Malik r.a

Tidak baik kalau dibandingkan kenapa si "dia" ni mendapat ganjaran yang lebih sedangkan "dia" melakukan perbuatan jahat ini...dan aku mndapat ganjaran yg sedikit sedangkan aku tak melakukan perbuatan jahat yg dilakukan oleh "dia".. sesungguhnya ALLAH maha adil... sebelum ini saya pernah merasakan perkara yg sama seperti saudari/saudara rasakan..(kenape dia mendapat ganjaran yang lebih baik dari aku sedangkan aku lebih baik dari dia)...rupa – rupanya...di situlah dugaannya.. kerana kita tak boleh merasakan diri ini lebih baik dari orang lain...kerana mungkin kita pernah melakukan kejahatan yg lebih teruk dari orang yg kita bandingkan tanpa kita sedari...... dan tak sama kebaikan dan kejahatan dibalas di dunia yg fana ini....Dan ustaz saya pernah cakap..jika kita ingin berdoa...pastikan hati kita ikhlas ketika berdoa...dan tak pernah putus asa kerana di situlah ujian untuk melihat kita bersungguh - sungguh atau tidak meminta pertolongan-Nya

Allah bersifat Maha Pengampun...sebanyak manapun dosa kita selagi kita belum mensyirikkan Allahinsya - Allah keampunan dari Allah itu tak pernah bertepi... jadi, bertaubatlah selagi ada waktu...mungkin kita sibuk untuk mengadap Allahtapi Allah tidak pernah sibuk untuk hambaNyakembalilah kpd Allah,kepada mengingatiNya dankepada mentaatiNya...

Tuesday, April 21, 2009

bismillahirrahmanirrahim...

salam ukhuwah..
ukhuwah yg tbine persis sekuntum bunga..
mskipun kini kte tpisah demi kasih-Nya..
namun cebisan kenangan kite..
sntiasa bmain di bayangan mata..
detik waktu yang blalu..
mjadi kenangan kau & aku..=)

smga kite semua same2 dpt bkongsi pndpt..pndgn..kritikan..dll =)