Thursday, April 30, 2009

pedusi sahmura



Saya lelaki. Pesan ibu, insan bernama lelaki pantang menangis. Insan bergelar lelaki tidak boleh menitiskan air mata. Insan bernama lelaki, bukan lelaki jika dia tumpahkan permata jernih dari birai matanya. Pesan ibu..saya ingat. Pesan ibu kukuh terbuku terpaku di ruyung minda saya. 40 tahun brtapa di kepala, pesan ibu hari ini saya ingkar. Pesan ibu hari ini saya lupe. Pesan dari seorang insan bergelar wanita tidak saya gubriskan, juga kerana seorang insan yang berkerudung di bawah nama wanita.


Sudah lama saya tidak ketemu dia. Kali terakhir kami berutusan berita 20 tahun lalu. kala warkah biru masih lagi menjadi pilihan. Dia rafik terakrab saya. Sahabat yang saya kira terunggul. Taulan yang tidak keterlaluan saya katakan, di antara bebintang yang bergentanyangan di langit hitam pekat, dialah satu - satunya bulan yang bersinar. Saya sibuk menyiapkan disertasi saya tika monitor komputer saya disinggahi ikon kecil berupa surat. Tetikus pantas saya gerakkan ke ikon yang jarang - jarang saya terima itu. Sekali tekan, surat elektronik yang hadir dari pengutus yang tidak saya ketahui asal - usulnya terpampang menjamu diagonar mata.


Malaysia,
3 Okt 2022,
Haziq,

Salam buat rafikku yang aku kira kala ini sibuk dengan tuntutan hidup yang sentiasa menggigit. Maaf, aku muncul tiba - tiba setelah lama menyepi diri.

Aku sebenarnya ketandusan kata - kata. Aku sesungguhnya tidak tahu bagaimana harus aku katakan agar engkau mengerti duka - duka hatiku.

Sekuat gegar rusuh anak bumi Jakarta mengamuk kerana Suharto dibebaskan kerana tuduhannya, sekuat itu jugalah gegar - gegar hatiku di bumi leluhur ini.

Maruah wanita sentiasa berkapuh di hati lelaki, kata orang. Aku pernah bersumpah akan sentiasa berpegang dengan kata - kata metah, sumpah aku terlerai akhirnya.

Aku persis bulan yang merayu pungguk. Aku juga jadi seperti Megat Panji Alam yang merindui Tejanya. Derita Megat dan seksa aku sama.

Duka kami serupa. Cuma, pencarian aku ini tidak akn ada hentinya kerana aku tahu,aku hanya mengejar bayang - bayang semalam. Aku terlalu merindui dia Haziq !!


Mukadimah warkah yang tidak saya undang itu menjemput tanda tanya bertamu di sanggar hati. Kenapa dia jadi begitu ? Mengapa dia jadi perindu setia ? Hati saya turut merusuh bersama - sama bait - bait perutusan yang saya jelajahhi saterusnya.


nak tahu sambungannya ??? tungguuuuu...=)

No comments:

Post a Comment