Wednesday, April 29, 2009

kawan2..=)




Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada di dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa…
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi, seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus…
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah.
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dariNya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta.
Kerana nanti mereka akan semakin liar.
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan.
Kerana nanti mereka akan semakin menderita.
Kenalkan mereka dengan Allah, zat yang kekal.
Disitulah punca kekuatan dunia!
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman.
Perasaan selembut sutera, hiasi ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Tuhan.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan, ia bukan diskriminasi Tuhan, sebaliknya disitulah terletaknya kasih dan sayang Tuhan.
Wanita lupa yang hakikat kejadian.
Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan.
Tanpa iman, ilmu dan akhlak. Mereka tidak akan lurus.Bahkan mereka akan semakin membengkok.
Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal akan Tuhannya.
Bila wanita menderhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara.
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata.
Tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. Jinakkanlah diri kepada Allah nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.
“Janganlah impikan isteri semulia Fatimah Az-Zahra, Andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahu Wajhah…(",)”

No comments:

Post a Comment